Skip to content
May 27, 2011 / CS

Berbaur

Bismillahirrahmanirrahim.

Entah kenapa hati ini begitu sayu. Antara sedih dan gembira, keduanya berbaur rasa. Padatnya diari hari ini, menghadiahkan kelelahan buat tubuh kerdil CS. Tetapi tidak mengapa. CS redha. Kerana CS mengharapkan Allah terima semuanya, InsyaALLAH.

Ya Allah. Terima kasih dan segala puji bagiMU yang telah memilih kami sekali lagi InsyaALLAH. Cuma hati ini bagai meruntun kehibaan. Tanpa diundang, ia hadir sesekali menyapa. Insaf sungguh diri ini. Betapa kasih sayang dan rahmatMU mengatasi segalanya. Malu membaluti sekujur tubuh dan jiwa. Malu kerana tidak mampu membalas segala apa yang telah diberikanNYA. Oh…malu! Sungguh-sungguh malu.

Antara takut dan harap. CS kini di persimpangan. Bersangka baik, itulah yang terbaik buat masa ini, InsyaALLAH. Ya ALLAH kami bersyukur padaMU.

"Destinasi khuruj kali ini berkongsi nama dengan air sedap kat atas ni, InsyaALLAH"

*Kepada seluruh sahabat, CS pohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan yang pernah CS lakukan di alam maya ini. Juga mohon doakan Allah pilih kami. Untuk sahabat yang akan turut sama-sama berkelana (kelana orang mukmin), CS doakan semoga segalanya akan dipermudahkan. Doa hidayat untuk segenap penjuru alam. InsyaALLAH.

** Ini blog baru CS. Blog lama dah tak boleh log in. Tak tahu kenapa. SELAMAT DATANG!

May 24, 2011 / CS

>Halal ke X?

>

Bismillahirrahmanirrahim.
Hmmm…sejak akhir-akhir ini, banyak sungguh dakwaan tentang pelbagai produk makanan yang tidak sahih kehalalannya. CS tidak nafikan, kebanyakan produk yang dinamakan itu, memang kegemaran umat Islam dewasa ini. Terdetik juga di hati CS, apakah kredibiliti ‘HALAL’ oleh pihak yang dipertanggungjawabkan sudah boleh dipersoalkan? Sudah banyak kali isu ini tenggelam timbul. Bila ada yang mendakwa, maka pihak yang dituduh akan menyangkal dan mula mengemukakan ‘bukti’. Dan akhirnya isu itu senyap.
Ada rakan bertanyakan tentang isu ini. Tetapi pada pendapat CS secara peribadi tidak kira dalam apa sisi hidup kita, elakkan daripada perkara yang meragukan apatah lagi sumber makanan yang akan menjadi darah daging. Jangan cemari jasmani kita dengan unsur-unsur yang tidak sepatutnya kerana dibimbangi akan turut mempengaruhi rohani kita.
Oleh itu cadangan CS, pendekatan terbaik untuk menanganinya ialah dengan mula menyarung apron kita yang sudah lama tersidai.[ataupun dah lama beli, sampai plastik pun tak buka lagi! gurau je] CS pun bukanlah handal sangat di dapur. Tetapi memang suka [sangat..sangat suka] memasak. Lebih-lebih lagi sejak menjadi ahlia orang dan ‘beruniform’ ni, memang jarang sangat makan di luar. Lebih gemar memasak sendiri [sambil mendengar pujian suami..hihihi..Istighfar!].

Lagipula bila melihat persekitaran tempat jualan makanan tidak memenuhi ‘piawaian’ CS. Harga makanan pula kadangkala langsung tidak munasabah dengan perkhidmatan [mengambil pesanan, menghidang & kaunter bayaran] apatah lagi rasanya. Hmmm bukan menghina makanan tersebut. Subhanallah yang mencipta makanan yang pelbagai rasa. Tetapi sikap manusia, yang suka mengambil kesempatan dan sambalewa.
CS pernah mendengar seseorang memberitahu, katanya “makanan halal dihisab, makanan haram diazab”. Tidak pasti pula sumber kata-kata ini, tetapi bergetar juga hati CS bila mendengarnya. Apapun firman Allah sudah jelas, tepuk dada tanya iman:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya”
~Surah Al Maidah: Ayat 4~
May 23, 2011 / CS

>Jawapan Teka-Teki

>

Bismillahirrahmanirrahim.

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.

~ Surah Al-Hajj : 35 ~

Teka-teki terjawab. Alhamdulillah belum rezeki CS. InsyaALLAH tingkatkan amal. Teguhkan iman. CS tidak sedih. CS tidak mahu kecewa. CS yakin dengan qadha dan qadar ALLAH. Selalu mahu sangka baik padaNYA. InsyaALLAH pasti ada rezeki nanti. Kalau tidak di dunia, CS mengharapkannya di jannah.

“Senyum. Tak perlu kata apa-apa.”
May 22, 2011 / CS

>My Heart

>

Bismillahirrahmanirrahim
Diselubung dengan pelbagai rasa tika ini. Zikrullah sahaja pemujuk hati menjadi tenang. Terasa kerdil dan lemah. Jujur. Rasa begitu jauh. Jauh sekali hingga hampir-hampir tidak layak. Dan andai terpilih, ini sesungguhnya asbab kasih sayang dan rahmatNya.

Maksudnya:”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia” -Surah Ar-Ra’du : 28
Di suatu hari kala hati bermonolog:
Muhasabah.
Sudah!
Lalu?
Tak tahu kenapa begini
Muhasabah kembali..
Baik.. Hmmm sudah sedar diri. Cuma…
Oh! Mahu mencipta alasan lagi!?
Tidak! bukan begitu!
Lantas apa maksudnya?
.
.
.
.
Ya. Mulakan semula.
Alhamdulillah..baguslah..
Moga Allah ampuni yg telah lalu & mudahkan yg akan datang
InsyaAllah, Amin.
TAMAT
May 18, 2011 / CS

>Taman Idaman Saya

>

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya sudah lama tidak menghantar entri tentang permata hati di sekolah. Bukan apa, tahun ini tahun yang agak ‘lemau’ bagi kami. Tidak banyak perancangan yang dapat kami realisasikan. Sebenarnya banyak usaha yang telah kami pihak guru sedaya upaya jalankan. Tapi nampaknya Allah jua yang Maha Mengetahui kenapa ‘kelemauan’ ini terjadi. Tidak mengapalah kami redha. Ini ujian buat kami.
Hmm…di kesempatan ini CS ingin kongsikan hasil kerja murid-murid Kelas 3 Cerdik sewaktu P&P Pendidikan Seni dan Visual. Tajuk yang diberikan ialah “TAMAN IDAMAN SAYA”. Dengan kemahiran motor halus mereka yang masih perlu banyak diasah, daya imaginasi mereka kadangkala mencuit hati. Hayatilah ‘masterpiece’ anak-anakku ini…

Firdaus: Murid Autisme yang penuh daya imaginasi

Afisya: Murid Slow Learner yang bijak

Zahirah: Murid Slow Learner yang rajin

Humairah: Murid Slow Learner + Autisme dgn dunia rama-ramanya

Haikal: Murid Slow Learner yang rajin datang sekolah



“Seni itu indah pada yang mahu menghayatinya”
May 16, 2011 / CS

>Selamat Hari Guru

>

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini ucapan untuk diri sendiri dan tak lupa untuk semua rakan-rakan guru dan bloggers (yang bergelar guru = Cikgu Humairi, Cikgu Norsha, Z@i, Ustaz Ishak, Anakkhas, Syahida, Cikgu Izzah dll) seluruh Malaysia.

May 15, 2011 / CS

>Walking2

>

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar perkongsian. Pemandangan di sekitar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi. Menemani Encik Zauj mendaftarkan diri. Sesambil itu sempat berpiknik di taman permainan berhampiran untuk makan tengahari.

KUIS

Tenang…

Damai…

Ehem—ehem enterprem kejap..jangan maraaa..